Tujuan ana - berusaha - mengumpulkan segala bahan rujukan dan kitab milik ana di blog ini tiada lain hanyalah bertujuan untuk berkongsi bersama ikhwan sesama Islam untuk memudahkan mereka mencari bahan rujukan dan bacaan hanya pada satu blog sahaja. Bahkan ini juga demi memelihara khazanah-khazanah ilmu Islam. Namun hanya perlu diingat, bahawa setiap kitab yang ditulis dan dikarang oleh para ulama dan cendekiawan bukanlah hujjah untuk kita mengikut buta dan bertaqlid tanpa sebarang sempadan dan penelitian. Karangan ulama tidak pernah menjadi MUTLAK sebagaimana al-Quran. Ia harus diteliti dan dikaji serta dibuat bandingan demi mencapai kebahagiaan di dunia dan khususnya di akhirat kelak. Para ulama hanyalah memberikan landasan dan garisan kefahaman, namun para pembaca dan pengkaji wajib menilainya semula bukan untuk mengherdik dan menjatuhkan mereka. Sebaliknya untuk membina dan terus membina Islam milik Allah s.w.t yang telah dibawakan oleh RasulNya Muhammad s.a.w seterusnya diwarisi oleh para Imam Ahlul Bait a.s...
Semoga usaha ini akan menjadi hujjah untuk ana - bukan ke atas ana - sekeluarga di hadapan Allah kelak....
Semoga usaha ini akan menjadi hujjah untuk ana - bukan ke atas ana - sekeluarga di hadapan Allah kelak....